 | Tentang Perbayu | Nov 20, 2008 |
Salam'Alaikum dan Selamat Datang ke Lelaman Perbayu MWTI!
Perbayu MWTI adalah singkatan bagi Persatuan Bahasa Melayu Madrasah Wak Tanjong al-Islamiah. Perbayu MWTI telah diasaskan sejak tahun 2000 lagi. Ianya digerakkan oleh sekumpulan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada para pelajar Pra-Universiti MWTI sendiri. Persatuan ini ditubuhkan untuk diselaraskan dengan aktiviti luar darjah MWTI, di samping kelab-kelab bahasa yang lain. Sejauh ini, Perbayu telah mampu bertahan selama 9 tahun lamanya di MWTI dan insya'Allah akan berterusan hingga ke generasi yang akan datang.
Di lelaman ini akan dimuatkan tarian tinta, gambar kenangan dan juga video tentang aktiviti-aktiviti Perbayu yang lepas, dan juga yang akan datang. Jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan untuk Perbayu MWTI, sila tinggalkan pesanan-pesanan anda pada kotak pesanan di bawah. Jika anda mempunyai tarian tinta, gambar kenangan atau video untuk dikirimkan kepada Perbayu MWTI, sila hantarkan kiriman anda ke mwtiperbayu@hotmail.com Sumbangan anda amat dihargai. Terima kasih!
Motto Perbayu: Bahasa Penggerak Bangsa, Seni Penjunjung Budaya